16 April 2009

'感恩'论,友族怎么说

While so many comments and criticisms on DPM 'ungrateful' comments on Chinese voters that we have read in Chinese newspaper and blogs, what are others have to say? Please read an article wrote by a Malay writer posted in Malaysiakini Malay version today 40 minutes ago:

在中文报刊部落,对副首相'感恩'论,诸多评论。可是,马来友族评论家又怎么说?请看40分钟前在Malaysiakini 马来文版这篇,转贴于下:

MCA, Gerakan kecewa, mudah sensitif wawancara TPM
Jimadie Shah Othman Apr 16, 09 12:16pm

Kritikan pedas beberapa pemimpin Cina terhadap analisis timbalan perdana menteri berhubung kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang berpunca "kekecewaan" yang terpendam sejak setahun lalu.

Penganalis politik berpendapat, MCA dan Gerakan - yang didominasi masyarakat Cina – tidak selesa dengan analisis Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah dua parti tersebut ditolak pengundi kaum itu sendiri dalam pilihanraya umum tahun lalu.

Psikologi pemimpin mereka berbeza dengan Umno yang masih mendapat sokongan Melayu walaupun pengaruhnya makin berkurangan, terutamanya di kalangan penduduk bandar dan golongan muda."

Apabila sesuatu tindakan yang menyentuh perasaan mereka dibuat, tentulah mereka (MCA dan Gerakan) yang sedang sebak (dengan keputusan pilihanraya umum lalu) akan terus menangis," kata pensyarah kanan di jabatan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Muhyiddin awal minggu ini dilaporkan melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.

Selain mendapat bantahan MCA dan Gerakan, wawancara timbalan presiden Umno itu turut mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina yang menganggap analisis itu memberi imej negatif terhadap pengundi bukan Melayu.

Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kenyataannya itu diputarbelitkan, tidak dipetik sepenuhnya dan tidak dinilai berdasarkan keseluruhan konteks.

Mengulas pergeseran terbuka Umno dan dua lagi komponen BN itu, Dr Ahmad Nidzamuddin menganggap ia "belum sampai di peringkat tegang".

Sebaliknya ia muncul akibat rasa "tersisih daripada penerimaan masyarakat sendiri", yang menjadikan MCA dan Gerakan "mudah sensitif" terhadap kenyataan seumpama itu, tambahnya.

Sebelum wawancara tersebut, MCA dan Gerakan juga dilaporkan tidak bersungguh-sungguhkan memenangkan calon Umno di Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Beliau tewas di tangan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga menteri besar Pakatan Rakyat di Perak.

Menurut pengarah program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian pula, reaksi MCA dan Gerakan itu "tidak serius", "selalu berlaku" dan "akan terus berlaku sehingga mereka kembali menang" kembali sokongan masyarakat Cina dalam pilihanraya umum akan datang.

"Dalam keadaan sekarang, mereka mesti dilihat mendepani isu dan meraih kembali sokongan masyarakat Cina. Mereka (MCA dan Gerakan) akan terus menjadi kumpulan pendesak kepada Umno,” katanya.

"Sebagai contoh di Kuala Sepetang (Bukit Gantang), rakyat tempatan memberikan sokongan padu kepada PAS. Ia tidak boleh difikirkan (sebelum ini). Ini menyebabkan mereka menghadapi krisis keyakinan," katanya.

Kedua-dua penganalisis ini percaya program pertemuan antara parti komponen BN seperti konvensyen – yang dijadual Februari lalu, tetapi ditangguhkan – sebagai langkah yang tepat bagi memulihkan hubungan dalam BN.

"Macam dalam perhimpunan agung (tahunan) Umno, kita lihat semangat mereka naik," kata Dr Ahmad Nidzamuddin.

Menurut Ibrahim pula, BN patut mencontohi sikap parti dalam Pakatan Rakyat yang selalu bertemu sehingga isu keretakan dalaman antara gabungan itu tidak lagi diperkatakan dan menjadi buah mulut.

Kedua-dua penganalisis ini juga berpendapat gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak "Satu Malaysia" akan menghadapi tugas yang tidak mudah berdepan hubungan antara kaum, termasuk perkongsian kuasa dalam BN.

Menurut Dr Ahmad Nidzamuddin, Najib akan menghadapi "dilema" apabila isu-isu kebersamaan dalam pelbagai aspek – sama ada kaum, kelas dan gender – akan mewujudkan persepsi negatif masyarakat Melayu yang mungkin tidak selesa.

Walaupun masih awal untuk menilai kepimpinannya Najib, Ibrahim berkata: "Cabarannya agak besar, lebih-lebih lagi turut terdapat desakan perubahan dalam Umno sendiri."


.

5 comments:

  1. Sama saja....masih tak faham-faham kehendak dan masalah masyarakat Cina/india yang sebenarnya!
    Harap PR faham!

    ReplyDelete
  2. Sama saja, masih tak faham-faham dengan kehendak dan masalah masyarakat Cina/India!
    Harap PR faham!

    ReplyDelete
  3. 我们不是巫统的消防员

    我们是政治工作者,不是政治过滤器。我们的精力是用来从事政治工作,为国家的未来而献身,而不是为巫统补祸,为巫统善后做解释。

    前门努力灭火,后门又再放火,我们不是巫统的消防员,我们没有必要去替他们灭火或是过滤。

    告诉人民,我们跟巫统是盟友,我们是朝着全民的目标迈进,我们配合巫统是政治时事所需,不是因为我们害怕巫统。

    ReplyDelete
  4. 雪山锺某:同意你的看法。

    我曾在2006年11月25日写一短讯给马华前任最高领袖,原文如下: 独立至今,各族越走越远,我觉得该担心的不是表面现象,不是新经济政策30%,而是新生代的思维!

    华裔谈精忠报国,礼义廉耻。大半马来友族不谈报国,只谈国家应该给他们什么,华裔应让什么给他们。我们几代生于此,长于此,竟变成是殖民时代带进来的劳工后代!

    ReplyDelete
  5. 外国治国四百多年,所以国家欠他们四百多年。现我国才独立五十年,所以我们是否还要再挨四百年才能替外国人还清国债?问题是思维!是教育课程内容!现在是这边一堆火那边一堆火。Dato Sri可以忙着扑火!如果思维不改,马华是不是要持久扮演救火员的角色?'

    2006年,前巫统女青年主席及前副首相的言论,是如此。现在收讯的马华前总会长及说我们是劳工后代灼前巫女青主席都已不在位。说国家欠马来友族四百多年的前副首相现升正,哦尔托佛!!

    ReplyDelete