16 May 2009

医心?医国!

今早十一点,看到这篇才张贴的"巫统需医疗马来人的心"。暂且别说论调正确与否,我们在进行任何修正运动时,必须同时注意他人的反应。知己知彼,百发百中; 重要是达到目的,过程方式可以弹性处理。

Umno perlu ubati hati orang Melayu
May 16, 09 10:04am


Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih.

Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A Kadir Jasin berkata jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar.

"Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita," katanya yang juga seorang blogger terkenal.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, lapor Bernama.

Ahli panel lain ialah ahli akademik dan juga penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Mengenai piliharaya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Kadir berkata BN perlu meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei depan.

"Segala cakap-cakap mengenai Umno tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan merosakkan kedudukan Umno... jadi pilihanraya kecil atau besar, Umno kena juga bertanding," katanya.

Prof Zainal pula berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana dan juga media alternatif.

"Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu.

"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive".

"Sebab itu corak politik yang terlalu "ethical" yang dipraktikkan Umno sudah tidak relevan lagi sekarang," katanya.

看完全篇,重点如下:

1. 巫统要强,有马来人支持,就会得到非马来人的支特

2. 不能示弱,大小选举都要参与

3. 巫统各层领袖要勇于支撑自己的政治论理

4. 过于强调'种族'政治手法现时已不适用

纵观以上论点,1 和 2,见仁见智。3 则看领袖素质与智慧,只有4 最合情理。你们有什么看法?

.

1 comment:

  1. 1. 巫统要强,有马来人支持,就会得到非马来人的支特
    Bukan semua orang melayu suka umno kembali. orang bandar minta keadilan jika tidak dapat rasuah daripada orang kuat umno. no.1 langsung tak masuk akal.
    2. 不能示弱,大小选举都要参与
    rakyat jelata suka pesta pilahan raya kerana dapat hiburan jiwa dengan FOC. no.2 pakai kaki jari fikir pun tahu tak badui.
    3. 巫统各层领袖要勇于支撑自己的政治论理
    semangat umno 46 sudah hilang sama sekali di bumi yang tersayang oleh ahli umno. no.3 raja rusuah saja yang akan diiring oleh fahaman itu.
    4. 过于强调'种族'政治手法现时已不适用
    ahli umno tidak setuju dengan politik ethical sebab susah dapat kerusi dewan bukan sebad tidak ada pasaran terhadap politik ethical. no.4 ahli umno salah taksir makna yang dibawah oleh "ethical"

    ReplyDelete